Saturday, May 26, 2012

Lama Dah Kan Tak Update...

Its a long time gak tak update entry kt sini.. Maklumlah, kesibukan aje tiap weekdays. Weekend pulak...sibuk nk TIDUR !haha. Ye lah, dh bis study taun lepas, kita dh dapat keje pulak selepas 2 bulan menganggur. Biasa la, semua orang gi keje bangun subuh2 kn..macam mane nak cukup tido cm tuu.. kul 10, mst dh cri katil and bantal..berapa minit pas tu, dh lelap. sungguh cepat dpt tidurnyee. Time study dulu, kul 2-3 baru nk tido. Sekarang dah keje tak boley dh nk tido selewat ituuu...hurrrmmm. ):
*kita ni kuat tido sebenarnya..hahahahhaa. Tu yang tak boley tido lambat. kul 10 sharp, dh nek katil.huhu

Dalam tempoh tak update ni, macam2 dah berlaku pada diri ni... Manis, pahit telah kita hadapi.. Kita selalu berdoa semoga hati ni kuat untuk hadapi segala cabaran yang akan datang. Kita ni tak la kuat orang nye, selalu jugak banjir bile dh tak tahan sangat. Bile ingat Allah, kita istighfar banyak2. Alhamdulillah, slow2 perasaan sedih tu dh kurang. 

Dari keje, smpai lah hari konvo kita 19 / 5 / 2012. Sekali lagi kita di hadapi dengan rintangan yang membolehkan hati ini sayu.. Kali ni, mmg makan hati and tawar hati. Hati ni terluka dengan amat dalam. Bile fikir2 balik, tak guna sedih2 demi orang tuu.. Tak apalah, kita hanya boley doa kan semoga kehidupan dia di Redhai Allah. 

Dah2, tak mo dh membebel... sekang nak masuk kn pix je.. kita ni suke masuk kan pix je..huu. ^^  
Baca blog orang lain pn, kita suka tengok pix je.haha. Kadang2 malas nk baca, coz entry meleret2 cam karangan. Sama la cam kita ni pn.kahkahkah. *kadang2 ok.hoho :p





Ni kawan2 office...hehe






Its me !huhu





Me, my mum and my sis(kak lang) <3






Diorang ni kawan2 kelas... tak jumpe yang len dh, coz dh bepecah...memane nth yg len pegi.
Dari kiri, Jibab, me and kak naz.. (:




My besties ! Mimie and Zai. Sayang meka bebanyak !!






Hehehehe.... wid Mr. Faiz. <3





Saje letak lagi.. :p





Kita suke gle pix ni !haha




hehehehe.. ^^





Saje nk bg pix ni besa dr yg ats..coz ni yang last.
penat dh nk masuk kn bnyk2. Letey woo nk tggu load.huu. 








Friday, May 6, 2011

Hari ibu HARAM ?

Sebab HARAM Sambut Hari Ibu


Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Dalam pada masyarakat ghairah menyambut Hari Ibu @ Bapa..berapa kali dalam seumur hidup kita menyatakan cinta,sayang,maaf,terima kasih kepada ibu bapa kita?fikir2kan lah.

P/S : kite baru tau beberape ketika td.huu. npe skg bru nk bg tau ? npe xzman kite skola,tdika2 dolu2 ye.....haissshhhh

Bidadari di Syurga..

SEORANG ISTERI BERTANYA KPD USTAZ: Ustaz boleh tak kalau disyurga nanti,saya tak nak suami saya ada bidadari ?






SEKADAR MENYAMPAIKAN.....
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.


Majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."


"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja.


 Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?


Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".


Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?


Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.
"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )
"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,


Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?


Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak.


Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."


 Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.


Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.


Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je. Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.


Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.


Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan, sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?


Dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja..
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.


p/s : kite amek note ni kt orang len.. so,  cite la kt org len after read this oke ? tmbh2 kn la ilmu di dada itu. ley la msuk syurga cm dlm cite ni nnt. (:



Saturday, April 2, 2011

Suke sangat bulan MAC !

Kenape kite suke bulan Mac ? it is becoz...bulan Mac is my born month.huhu (:
Suke2 !! Suke sangat2 bulan Mac tau.. ((((:
Dlm bulan Mac ni, kite bnyk kli hang out. so,dwet pn skali la kn ? until kne ikat pwot ble nk mkn seharian.haha. nth pape la kite ni kn ?? kua bnyk kli, smpai dwet pn tarak nk survive for everyday spending.hahahaa. Almaklumlaaa, gurl kn?huhu. Xsah if x mengeluarkan ape2 dwet if dh jenjalan. BETOL x gurls ??heee :D
If dh kua tuu, bukan reti nk beli ckit...sahih laa nk melabur kn bnyk ke arah cupink-mupink !!ngee.
kite kne ekat pwot coz kite bnyk cgt cupink dlm bulan ni... smpai RM5++.heeeeee ^^


Pas tuu, kite g Suriashowdown kt KLSentral.. tgk kite nye ehem2 die msuk p'tndingan tuu.hee. But, unlucky. dpt jd no 4 je. but, its ok. kite still support die even pe pn yg t'jd. (:
Showdown tuu 19hb. my Birthday on 18, so kami dpt jmpe on 19 tuu je la... pas pfmance, kitorg mkn Scret Recipe..eat my pberet dishes.. LASAGNA BEEF. suke sangat bun die.lembut je. tp, kite lg suke lasagna kt DAVE DELI. More delicious.huhu. My elder sis pn ckp yg same.hee. But, my favourite place is at CHILLIES. (;
Makan kek pn yg slice je.. xbli yg besa tuu pn, bukan dpt abis pn..hee. e2 pn coz tamak sgt, kek yg slice tuu pn xabis.hee. Oleh sebab lapo sangat wktuu tu, ley lpe plak nk mek pix mknan.haishh... SEDEY TAU..huuu. suke sangat choc mud cake. Choc indulgance dh muak..hee.  And that day, my friend teman kite. 
Izyan Nasuha, thanx tau teman ! mmmuuaahhh2 !! :p


Furthermore, kite xley dh laa nk cupink2 lgi.. coz kite dh spend bnyk gile tuk Mac ni..hee. 
Tp,ble tgk kwn2 len gi cupink lgi, terase sayu je tau.huk3. 
JELES SESANGAT !! wuwuwuwuwuwu    ):
Nth la bnyk jenis pattern2 yg kite suke..adooiii.. luluh ati ni xdpt beli pape. kite hanye dpt menengok rakan2 cupink je. last2, kite pn dpt cupink gak. nk tau cupink ape ?? MAKANAN jeee....hahahha.
Makan lak bukan ckit, bekali2 kite makan tau. Kite if dh mkn main dishes, xsah if xde side dishes..huu. Hari tuu time dpt tgk kwn cupink je, kite mkn mcd spicy chic mcdeluxe, aunty anne nye pretzel choc tuu pas tu makan hot and roll cheese and chic..banyak x kite makan ??heee. 
Dh xdpt cupink kn, so kite melabur la kt tang makanan..hahhahaha. 
k la, nk msuk kn pix ni.. tgk tau ! ^^




Ni kt midvalley, cupink wid my boy.. 
nk ksot ni xde size plak.santek sangat ! sedey tau.huu






Ni keesokan hari nye ke pavi.. dpt jmpe ksot ni kt vincci, shantek. tp,melepas lahh...coz kite dh bli ksot semalam nye. yg kite beli tuu, xseshantek yg ini..hoho :p






Yang ni plak, 19hb tuu.. mkn kt SR. (:






Ini la die  peneman kite Izyan Nasuha.. 






Ni time kwn lak yg cupink.huhu. wktu ni kt dlm fitting room. 






Kite pn nk gak nyelit. :p







                Ni la yang kite ckp tuu aunty anne pretzel choc. nmpk sedap kn ? kn ?
mmg sedap pn..ngeee :D